Friday, April 16, 2010



Terlalu mudah bagi juak-juak UMNO, pengampu-pengampu UMNo yang ternyata menyokong UMNO/BN dengan cara membuta tuli menyatkan bahawa orang-orang Melayu yang mengundi DAP dan yang menjadi ahli-ahli DAP sebagai pak turut.


Mudah, mudah, terlalu mudah bagi mereka ini menyatakan yang orang-orang Melayu yang tidak menyokong kepimpinan UMNO dengan gelaran sedemikian!. Tetapi mereka lupa hakikat yang sebenarnya, iaitu lebih ramai orang-orang Melayu yang dicucuk hidung dan menjadi pak turut selama UMNO memegang tampuk kekuasaan negara.


Lihatlah betapa Bahasa Melayu bertukar menjadi Bahasa Malaysia, semenanjung Tanah Melayu sudah pun dihapuskan dan kini tidak ada lagi, Tanah Rizab Melayu pula seumpama kek yang sungguh menyelerakan bagi pemimpin-pemimpin UMNO untuk dijadikan sasaran pemimpin-pemimpin besar UMno (Untuk Melayu? - No!), untuk yang lain-lain YES!) untuk dinaiktarafkan dan dilupuskan!


BERAPA BANYAK KAWASAN PARLIMEN, BERAPA BANYAK KAWASAN DUN YANG MAJORITINYA Melayu semakin LAYU, DISERAHKAN KEPADA BUKAN MELAYU? Diserahkan kePada MCA, diserahkan kepada GERAKAN, diserahkan kepada MIC, diserahkan kepada PPP, diserahkan kepada parti-parti itu-ini?


Bukankah itu merupakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO lah yang sebenarnya mengajar orang-orang melayu menjadi pak turut dan yang menjadi ketua pak turut itu ialah pemimpin UMNO sendiri!


Lihatlah Pulau Pinang ketika majoriti kawasan DUNnnya dikuasai oleh UMNo tetapi ketua menterinya siapa? Bukankah Ketua Menterinya adalah dari Gerakan yang bilangan kerusinya kurang dari yang dimilikki UMNO. Mungkin penyokong-penyokong kuat UMNO, yang kuat ampu ini lupa atau pun buat-buat lupa tak tahulah, hanya mereka yang tahu!. Bukankah itu merupakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO lah yang sebenarnya pak turut tetapi dikatakannya pula orang-orang Melayu yang sama-sama berjuang dengan DAP sebagai pak turut.


Mereka yang sama-sama berjuang dengan DAP sebenarnya bukanlah pak turut, tetapi adalah pejuang, pejuang yang sama-sama berjuang untuk rakyat bukannya seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang betul-betul menjadi pak turut kerana duit, pak turut kerana kuasa dan pak turut kerana jawatan.


Berikut ini adalah tulisan awang selamat pada 24/01/2010 yang menyebabkan ulasan ini dibuat!

Anehnya para pemimpin DAP menggambarkan parti itu menerima sokongan secara langsung yang meluas daripada masyarakat Melayu sedangkan hakikatnya cukup berlainan.

Kejayaan DAP mendapat banyak undi Melayu pada PRU ke-12 adalah atas sokongan para penyokong Pas selain sebahagian lagi penyokong PKR. Jika tidak kerana faktor PAS, DAP tidak akan mendapat sokongan Melayu yang signifikan.


SETERUSNYA PELBAGAI LAGI FITNAH DILEMPARKAN UNTUK MEMPENGARUHI PEMBACA, MUNGKIN DENGAN ANDAIAN YANG PEMABACA NI...

Dikatakannya
DAP melantik seorang dua Melayu menduduki jawatan kanan tetapi mereka tiada pengaruh dan jadi pak turut. Semua orang tahu DAP mendabik dada sebagai parti semua kaum sedangkan realitinya ia dikuasai oleh orang Cina dan memperjuangkan kepentingan kaum itu.

Tetapi realitinya, orang-orang seperti awang selamat ni lupa ialah pemimpin-pemimpin UMNO berjuang bukan untuk ahli-ahli UMNO, bukan berjuang untuk kepentingan orang-orang Melayu tetapi berjuang untuk kepentingan PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR umno!

Fitnah seterusnya
Sekarang ini pun ramai orang Islam sedar, kedudukan Islam semakin kritikal disebabkan perpecahan dan percaturan politik yang silap. Dengan kata lain, DAP tidak boleh mengharapkan Pas dan PKR selama-lamanya.

HAKIKATNYA, kedudukan Islam semakin kritikal, semakin tidak dihargai dan semakin dipandang rendah kerana tingkahlaku pemimpin-pemimpin UMNO! bukannya kerana DAP.



No comments:

Post a Comment